Translate

Thursday 12 September 2013

Nabi Adam a.s

J Assalamualaikum.. J

Hai semua.. hari ni terdetik pulak nak bercerita tentang kisah hidup Nabi Adam a.s J
Nabi Adam ni manusia pertama yang Tuhan jadikan. Beliau berasal daripada tanah. Samala macam kita. Kita kan keturunan Nabi Adam J

Hurm.. sebelum Nabi Adam wujud, Allah telah menciptakan jin daripada api yang sangat panas. Bila Allah dah ciptakan Nabi Adam, Allah minta semua malaikat sujud dihadapan Nabi Adam sebagai tanda penghormatan. Semua malaikat sujud, kecuali iblis. dia je tak nak sujud dia rasa diri dia lebih mulia daripada Nabi Adam. sebab dia diciptakan dengan api, tapi Nabi Adam daripada tanah je.

Dan disebabkan kesombongan dan keengganannya sujud, Allah mengusir Iblis dari syurga. Maka jadilah ia sebagai penghuni neraka. Iblis dengan bongkaknya menerima baik ganjaran Tuhan dan memohon untuk kekal sehingga hari kiamat. Iblis mengancam untuk menyesatkan Nabi Adam serta keturunannya. Sejak hari tu, Iblis dah tak tinggal kat syurga lagi. ia sedaya upaya berusaha untuk menggoda Nabi Adam.

Nabi Adam diberikan tempat tinggal dalam syurga. Untuk menghilangkan rasa sunyinya, Allah telah menciptakan Hawa dari tulang rusuk kirinya sewaktu Nabi Adam sedang tidur.Allah telah berpesan kepada Nabi Adam, supaya tidak memakan buah daripada sebuah pohon kayu yang terdapat didalam syurga tersebut. buah itu akan meyebabkan kecelakaan dan digolongkan sebgai orang2 yang zalim. Dan ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu.

Iblis selalu menggoda Adam dan Hawa, sehinggakan kedua-duanya terpedaya.. lalu mereka pun memakan buah tersebut . Kemudian mereka pun dikeluarkan daripada syurga dan dihantarkan ke bumi.
Kedua-duanya memohon keampunan daripada Allah..
" Berkatalah keduanya, wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami, dan jika Tuhan tidak mengampuni dan tidak memberi rahmat kepada kami, nescaya kami tergolong sebagai orang-orang yang rugi." (Al- A'raf:23)

Allah telah menerima taubat mereka. tapi, mereka perlu tinggal di bumi sehingga waktu yang ditetapkan.. hurm.. nanti pulak sambung.. daa ~

Sunday 28 April 2013

kisah jodoh ibu bapa Imam Syafie

assalamualaikum.. ^_^
dah lama tak update blog.. hehe.. almaklum la.. busy.. busy main game je.. assignment tak buat lagi pun.. ihiiks.. hurm.. hari ni ana nak cerita pasal jodoh ibu bapa Imam Syafie.. kawan-kawan tahu kan sapa itu Imam Syafie ?

ok la.. bagi yang tak tahu.. Imam Syafie adalah ulama besar yang sangat berpengaruh masa zamannya sehingga sekarang. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di IndiaIndonesia dan Malaysia.

hurm.. berbalik kepada kisah jodoh ibu bapa Imam Syafie td, mereka tidak pernah berjumpa sebelum menikah. Allah menemukan mereka melalui buah delima yang jatuh dibawa arus sungai. Bapa Imam Syafie, Idris adalah pemuda yang warak. Beliau menjaga diri daripada perbuatan haram dan daripada makan makanan yang tidak halal.

Nak dijadikan cerita lah.. hehe.. Pada suatu hari, Idris mengembara jauh dan terpaksa menyeberangi sungai yang sangat luas. Di situ beliau ternampak sebiji buah delima yang di bawa arus. Disebabkan bekalannya sudah habis,  dalam keadaan lapar, tanpa berfikir panjang beliau mengambil buah itu. Beliau menggigit dan mengunyah buah itu. Sebelum sempat beliau menelan kunyahan pertamanya, beliau tersedar buah itu bukan miliknya. Disebabkan itu, dengan khudrat yang ada beliau sanggup melawan arus untuk mencari pohon delima yang menjatuhkan buah itu. Beliau ingin meminta izin daripada pemilik buah delima tersebut supaya buah itu dihalalkan.

Akhirnya, beliau jumpa kebun delima di tepi sungai. Beliau bertemu dengan pemiliknya, seorang yang sangat sederhana. Dari segi penampilannya juga nampak seperti alim dan soleh. Idris menceritakan segalanya daripada mula beliau menemui delima tersebut. Idris berkata, " Halalkanlah satu kunyahan buah delima yang saya jumpa di arus sungai ini, sekiranya tuan mahu buah itu diganti, saya gantikan tidak kira berapa nilainya."

Pemilik kebun itu menjawab, " Saya halalkan satu kunyahan buah delima itu asalkan saudara sanggup bekerja menguruskan kebun delima saya ini selama setahun."

Bagi idris, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan siksaan Allah di akhirat nanti. Beliau menerima permintaan itu. Oleh itu, beliau bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab. Setelah setahun berlalu, beliau meminta izin untuk kembali ke kampung halamannya. Apa kata pemilik delima itu, " Aku halalkan satu kunyahan buah delima setahun lalu asalkan saudara mahu menikahi anak gadisku yang lumpuh, buta, tuli dan bisu."

mendengarkan permintaan itu, beliau terpaku. Dugaan apakah ini ? ujarnya dalam hati. Lalu  Idris teringat orang yang makan makanan haram akan diseksa 40 hari , sedangakan 40 hari bersamaan dengan 1000 tahun di dunia. Beliau menerima permintaan itu.

Dipendekkan cerita, setelah menikah, Idris dijemput masuk ke dalam bilik isterinya. Alangkah terkejutnya beliau, " Masya- Allah! Adakah ada perempuan yang secantik ini ?" ujarnya dalam hati. Dengan tergesa-gesa Idris keluar daripada bilik itu kerana yakin beliau tersalah bilik.

Beliau menemui bapa mertua beliau dan berkata, " Di dalam bilik itu tidak ada perempuan yang lumpuh, buta, tuli dan bisu. Hanya ada gadis yang sangat rupawan. Pasti saya sudah salah bilik. "

Bapa  mertuanya tersenyum. " Kamu tidak salah bilik. Itu adalah anak gadis saya yang sekarang menjadi isterimu. "
"Tuan berkata anak tuan lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apakah yang tuan maksudkan dengan kata2 itu? "
"Saya mengatakan beliau buta kerana anak saya tidak pernah melihat perkara yang haram. Makna tuli ialah telinganya tidak pernah mendengar suara yang diharamkan Allah.Makna bisu ialah tak pernah menyebut perkara yang diharamkan Allah dan makna lumpuh kerana kakinya tidak pernah menuju ke arah yang dilarang Allah."

Hasil daripada pernikahan itu, lahirlah seorang bayi yang dinamakan Muhammad bin Idris as-Syafie iaitu Imam Syafie.
-Tamat-
google image je.. hehe


hehe.. setakat itu je la.. Atas kuasa Allah, Jodoh itu telah ditetapkan di luh mahfuz. Jodoh adalah rahsia Tuhan .. wallahualam..

~ dipetik daripada buku 'misteri jodoh' karya Sayudi as-Salmani ^_^

Tuesday 22 January 2013

petua menghilangkan bintik-bintik hitam



pernah tak orang tegur pasal kulit muka korang ? mesti malu kan ? tahu tak bintik-bintik hitam tu apa ? ha..ni contoh gambar ye..hehe

sumber : http://www.czadboutique.com/2012/09/masalah-bintik-hitam.html

haa..disini ana nak kongsi sedikit petua yang sangat mudah untuk menghilangkan bintik-bintik hitam tersebut..
  • Ubat Gigi
    Ubat gigi ialah antara ‘penawar’ yang paling berkesan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam. Sapukan ubat gigi pada bahagian bintik hitam di wajah anda dan biarkannya sehingga kering. Setelah kering, cuci ubat gigi di wajah anda itu dengan air bersih.
    Susu Segar
    Sapu susu segar pada bahagian bintik-bintik hitam di wajah anda dengan menggunakan putik kapas. Cuba lakukan setiap hari sebelum anda masuk tidur.
    Madu
    Jika anda mengamalkan madu pada setiap hari, ianya dapat memberikan kesan yang amat baik. Sapukan madu pada setiap pagi di bahagian berbintik hitam pada wajah anda. Biarkan sehingga ia kering dan setelah kering, cuci sehingga bersih.
    Masker Putih Telur
    Cara ini sangat berkesan tapi perlu rajin sikit lah berbanding 3 cara di atas.  Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur.(sebiji pun dah cukup sebenarnya). Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.Bukan sekadar bintik hitam/putih sahaja yang tercabut, malah bulu muka dan jerawat pun turut tercabut. 
    Daun nangka 

    Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.


    Beras pulut + kulit kayu manis


    Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.



    haa..mudahkan ? cuba la..pasti berkesan..nanti boleh la dapat kulit muka macam ni..
    sumber :http://miszbam2nia.blogspot.com/2011/09/atasi-bintik-bintik-hitam-di-wajah.html

    kalau tak..ana pun tak tahu..hehe..mungkin ada masalah kulit..so..better pergi jumpa doktor k ..2 je la tip2 yang dapat ana kongsi..ohya..lupa nak cakap..sumber dari google tau :D

    ~ selamat beramal ~