dah lama tak update blog.. hehe.. almaklum la.. busy.. busy main game je.. assignment tak buat lagi pun.. ihiiks.. hurm.. hari ni ana nak cerita pasal jodoh ibu bapa Imam Syafie.. kawan-kawan tahu kan sapa itu Imam Syafie ?
ok la.. bagi yang tak tahu.. Imam Syafie adalah ulama besar yang sangat berpengaruh masa zamannya sehingga sekarang. Beliau adalah pengasas kepada mazhab Syafii, salah satu daripada mazhab Islam yang banyak diikuti oleh penganut agama Islam di India, Indonesia dan Malaysia.
hurm.. berbalik kepada kisah jodoh ibu bapa Imam Syafie td, mereka tidak pernah berjumpa sebelum menikah. Allah menemukan mereka melalui buah delima yang jatuh dibawa arus sungai. Bapa Imam Syafie, Idris adalah pemuda yang warak. Beliau menjaga diri daripada perbuatan haram dan daripada makan makanan yang tidak halal.
Nak dijadikan cerita lah.. hehe.. Pada suatu hari, Idris mengembara jauh dan terpaksa menyeberangi sungai yang sangat luas. Di situ beliau ternampak sebiji buah delima yang di bawa arus. Disebabkan bekalannya sudah habis, dalam keadaan lapar, tanpa berfikir panjang beliau mengambil buah itu. Beliau menggigit dan mengunyah buah itu. Sebelum sempat beliau menelan kunyahan pertamanya, beliau tersedar buah itu bukan miliknya. Disebabkan itu, dengan khudrat yang ada beliau sanggup melawan arus untuk mencari pohon delima yang menjatuhkan buah itu. Beliau ingin meminta izin daripada pemilik buah delima tersebut supaya buah itu dihalalkan.
Akhirnya, beliau jumpa kebun delima di tepi sungai. Beliau bertemu dengan pemiliknya, seorang yang sangat sederhana. Dari segi penampilannya juga nampak seperti alim dan soleh. Idris menceritakan segalanya daripada mula beliau menemui delima tersebut. Idris berkata, " Halalkanlah satu kunyahan buah delima yang saya jumpa di arus sungai ini, sekiranya tuan mahu buah itu diganti, saya gantikan tidak kira berapa nilainya."
Pemilik kebun itu menjawab, " Saya halalkan satu kunyahan buah delima itu asalkan saudara sanggup bekerja menguruskan kebun delima saya ini selama setahun."
Bagi idris, apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan siksaan Allah di akhirat nanti. Beliau menerima permintaan itu. Oleh itu, beliau bekerja dengan penuh rasa tanggungjawab. Setelah setahun berlalu, beliau meminta izin untuk kembali ke kampung halamannya. Apa kata pemilik delima itu, " Aku halalkan satu kunyahan buah delima setahun lalu asalkan saudara mahu menikahi anak gadisku yang lumpuh, buta, tuli dan bisu."
mendengarkan permintaan itu, beliau terpaku. Dugaan apakah ini ? ujarnya dalam hati. Lalu Idris teringat orang yang makan makanan haram akan diseksa 40 hari , sedangakan 40 hari bersamaan dengan 1000 tahun di dunia. Beliau menerima permintaan itu.
Dipendekkan cerita, setelah menikah, Idris dijemput masuk ke dalam bilik isterinya. Alangkah terkejutnya beliau, " Masya- Allah! Adakah ada perempuan yang secantik ini ?" ujarnya dalam hati. Dengan tergesa-gesa Idris keluar daripada bilik itu kerana yakin beliau tersalah bilik.
Beliau menemui bapa mertua beliau dan berkata, " Di dalam bilik itu tidak ada perempuan yang lumpuh, buta, tuli dan bisu. Hanya ada gadis yang sangat rupawan. Pasti saya sudah salah bilik. "
Bapa mertuanya tersenyum. " Kamu tidak salah bilik. Itu adalah anak gadis saya yang sekarang menjadi isterimu. "
"Tuan berkata anak tuan lumpuh, buta, tuli dan bisu. Apakah yang tuan maksudkan dengan kata2 itu? "
"Saya mengatakan beliau buta kerana anak saya tidak pernah melihat perkara yang haram. Makna tuli ialah telinganya tidak pernah mendengar suara yang diharamkan Allah.Makna bisu ialah tak pernah menyebut perkara yang diharamkan Allah dan makna lumpuh kerana kakinya tidak pernah menuju ke arah yang dilarang Allah."
Hasil daripada pernikahan itu, lahirlah seorang bayi yang dinamakan Muhammad bin Idris as-Syafie iaitu Imam Syafie.
-Tamat-
![]() |
google image je.. hehe |
hehe.. setakat itu je la.. Atas kuasa Allah, Jodoh itu telah ditetapkan di luh mahfuz. Jodoh adalah rahsia Tuhan .. wallahualam..
~ dipetik daripada buku 'misteri jodoh' karya Sayudi as-Salmani ^_^
No comments:
Post a Comment